Info Tentang Gunung Tebu
Gunung tebu merupakan gunung yang tertinggi di Terengganu terletak di daerah Besut. Gunung ini mempunyai ketinggian 3,408 kaki atau 1039m dari aras laut lebih kurang 7/8km. Dikatakan gunung ini diberi nama gunung tebu kerana sungainya berwana seperti air tebu.
Jom Let's Begin our Hiking Journey
Check point pertama adalah Sungai Chakah Dua trek pada permulaan agak landai. Dari check point 1 perjalanan diteruskan di check point 2 yang dikenali sebagai Batu Mat Hassan. Seterusnya selepas Batu Mat Hassan, trek pendakian mula mencacak di mana agak menguji ketahanan mental dan fizikal. Okay seterusnya pendaki akan ke check point 3 iaitu Jendela Pandang di sini trek juga masih meninggi dan pendaki akan berjumpa dengan Last Water Point dimana dekat sini lah pendaki akan mengisi air bagi yang memerlukan air dan trek pendakaian akan terus mencacak hingga ke puncak. So masa dekat LWP isi lah air dengan secukupnya. Sebenarnya ni kali pertama aku minum air sungai disebabkan air dah habis redha jelah. Tapi okay je aku rasa hahahhaa.
Akirnya semua pendaki akan samapi di Puncak Gunung Tebu masa perjalanan mengambil masa 4 hingga ke 5 jam. Tapi bagi untuk group kitorang terbahagi kepada tiga group yang mana group pertama berjaya sampai pada pukul 2.30pm, group kedua pada pukul 3pm dan group ketiga iaitu terakhir pada pukul 3.30pm. Alhamdulillah semua berjaya sampai dengan selamat.
Sampai di puncak semua pserta makan tengah hari dengan bekalan yang dibungkus. Selesai makan peserta mengambil peluang bergambar untuk dibuat kenangan. Bagi group yang samapi awal mereka sempat tido dan berehat dengan lebih lama. Bagi group aku yang agak lambat kami terpaksa mengejar masa. Walau apa pun aku dan group aku tetap berpuas hati.
Akirnya pendakian turun dari puncak bermula pada pukul 4.30pm. Bagi group aku kami terpaksa perlahankan penurunan kerana salah seorang daripada rakan kami yang terseliuh kakinya serta kekejangan otot dan tak dapat nak teruskan perjlanan. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di LWP untuk berehat dan solat buat sementara waktu. Selesai qadar solat zohor dan selesai solat asar pada pukul 6pm baru lah kami meneruskan perjalanan Alhamdulillah kami sampai pada pukul 9 malam. Gerun jugak lahh dalam hutan malam malam dalam hati ni semua doa yang aku tahu aku baca hahhahaa bukan apa dalam hutan kan sendiri faham lah. Tapi apa yang sedih group aku tak sempat nak mandi di sungai. So pujuk lah hati sendiri next time aku nak datang lagi nak terjun sungai je hahhaaa.
Tapi apa yang aku bangga kami berjaya jugak lakukan.Ketabahan dan semangat pendaki sangat diperlukan ketika ini. So the last one jom layan gambar. Team Gunung Tebu memang terbaikk! Jom layan gambar hheeheeee
Permulaan semua happy je
Haeihoiiiiiii
Baru jendela pandang tapi dah macam sampai puncak
Puncak!!
Puncak! Peduli apa orang nak cakap gambar lagi penting
Kami lambat. Geng Siput. Group 3!
Group no 2! Pakai gear turbo nih.
Group 1! Memang laju lah mereka ni
Yang Benar,
Suhana Othman
No comments:
Post a Comment